Anggota Pertahanan Awam Lubnan, Aya Wehbeh, 13 Oktober 2024. - AFP PIC

BEIRUT- Apabila sukarelawan penyelamat, Aya Wehbeh dipanggil untuk membantu mangsa selepas serangan Israel di tengah kota Beirut minggu lepas, dia sangat takut tragedi itu turut menimpa keluarganya.

“Tempoh itu sangat sukar. Saya mungkin terpaksa mengeluarkan ibu, bapa, makcik atau jiran daripada sisa runtuhan.

“Saya sudah melakukan kerja-kerja sukarelawan ini selama lima tahun namun tindakan Israel kali ini sangat berbeza,” kata wanita berusia 25 tahun itu beberapa hari selepas Israel melakukan serangan berganda terhadap daerah Nweiri dan Basta sehingga mengorbankan 22 nyawa.

Wissam al-Qubeissi, 29, pula berkata, dia berazam untuk terus menyelamatkan nyawa meskipun berdepan cabaran besar.

“Kami ramai dan semuanya bermotivasi tinggi tetapi untuk apa?

“Kami kekurangan jentolak, peralatan dan alat pelindung,” soalnya.

Dia juga menunjukkan AFP beberapa topi keledar yang sudah lama, hos bomba yang sudah rosak serta pemadam api yang hampir tamat tempoh.

Tambahnya, dia dan rakan-rakan sukarelawan terpaksa bekerja dengan sumber yang sangat terhad.

“Sekiranya kami mempunyai peralatan seperti topi keledar dan jaket kalis api yang mencukupi, kami boleh membantu dengan lebih baik,” katanya. -AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast