KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad kini merupakan pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC yang difahamkan bakal beraksi dalam Liga Selangor (FAS League).

Perkara itu dimaklumkan di laman Instagram Carabat FC, sebuah kelab bola sepak yang ditubuhkan pada tahun ini untuk dijadikan platform kepada pemain amatur mempamerkan bakat mereka.

Sebagai pemilik kepada Carabat FC, kelab yang dikira baru dalam komuniti bola sepak, Sharnaz mempunyai visi untuk memberi impak kepada arena bola sepak negara.

“Penubuhan kelab ini didorong dengan rasa semangat yang mendalam terhadap sukan dan keinginan untuk memberikan platform buat pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka,” katanya.

Menurutnya, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat yang lebih tinggi dalam arena bola sepak Malaysia dan berharap mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here