Pekerja Alam Flora membersihkan jalan selepas kejadian pokok besar tumbang akibat hujan lebat bersebelahan bangunan Menara Prestige, Jalan Pulau Pinang, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 13 MEI 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusan itu dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata, pelaksanaan kadar baharu itu bermula Februari tahun depan.

Anwar berkata, kerajaan bersetuju penangguhan kuat kuasa gaji minimum itu membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

“Umpamanya, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (RM2,290), Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985),” kata Anwar.

Sementara itu Dasar Gaji Progresif yang mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

Peruntukan RM200 juta kepada Dasar Gaji Progresif akan memanfaatkan 50,000 pekerja.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM250 juta untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here