KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyediakan RM800 juta pembiayaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan, tahun depan.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju memperuntukkan RM3 biion untuk memperkasa kontraktor G1-G4 khususnya Bumiputera.

“Ini memberi peluang kepada kontraktor melaksanakan projek-projek kecil dan sederhana seperti pembinaan jalan raya serta pembaikan dan penyelenggaraan prasarana awam,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa yang sama, sejumlah RM200 juta disediakan untuk Skim CAKNA 2 bagi menyokong aliran tunai kontraktor G1-G4 menyiapkan projek berskala kecil Kerajaan bernilai sehingga RM5 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast