Antara rermaja yang ditahan kerana disyaki melakukan samun di di Kampung Serkat, Permas, Pontian, semalam.

PONTIAN – Polis menahan empat remaja selepas dipercayai mencederakan dan melakukan samun terhadap seorang individu di kawasan Kampung Serkat, Permas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Mohammad Shofee Tayib berkata, semua suspek ditahan dalam empat serbuan berasingan di daerah ini dan Pekan Nenas.

“Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Pontian memberkas suspek berusia antara 15 sehingga 19 tahun yang merupakan warganegara tempatan.

“Mereka ditahan bersama-sama barang rampasan,” katanya dalam satu kenyataan hari  ini.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, pihaknya menyeru masyarakat terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah di daerah ini.

Tambahnya, maklumat boleh disalurkan melalui hotline 076869999. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here