Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi mewakili Datuk Seri Anwar menyerahkan sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menjalani rawatan pemulihan akibat serangan angin ahmar.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi, baru-baru ini.

“Saya mendoakan agar Datuk Ariff segera sembuh dan diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Jasa beliau kepada masyarakat akan terus dikenang dan dihargai,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Ariff Sabri, 68, merupakan Ahli Parlimen Raub selama sepenggal selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013, di bawah tiket DAP.

Beliau yang dikenali dengan nama pena Sakmongkol AK 47 di blognya bagaimanapun tidak bertanding pada PRU14.

Sebelum menyertai DAP pada 2012, Mohd Ariff Sabri merupakan Ketua Penerangan UMNO Pekan selama empat tahun bermula 2000 dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Pahang juga untuk tempoh sepenggal bermula 2004.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here