Anggota polis Kota Tinggi, Johor melakukan pemantauan di kawasan banjir.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sedang melaksana gerak kerja dan projek mitigasi mengurangkan risiko banjir terutama di semua kawasan tumpuan atau hospot.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah itu sebagai persiapan menghadapi bencana berkenaan.

Beliau memberitahu, projek itu akan melibatkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG).

Jelasnya, antara punca banjir disebabkan gabungan air pasang dan hujan lebat secara serentak.

“Kita akan melaksanakan kerja-kerja bagi mengurangkan risiko banjir termasuk pelebaran sungai, pembinaan dan pembersihan kolam takungan.

“Ini termasuk pembinaan tembok longkang, naik taraf parit serta pembentung bawah tanah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri katanya, akan terus berusaha membela Bangsa Johor dan berharap semua inisiatif yang dirancang dapat membantu mengurangkan risiko banjir di negeri ini.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here