Komander beriged berperisai Israel, Kol. Ehsan Daqsa yang maut di Gaza pada Ahad.

GAZA CITY – Komander Briged Berperisai ke-401 Angkatan Pertahanan Israel, Kol. Ehsan Daqsa, terbunuh semasa pertempuran di utara Semenanjung Gaza pada Ahad.

Daqsa, 41, dari bandar Druze, Daliyat al-Karmel, adalah salah seorang pegawai paling kanan yang terbunuh dalam pertempuran di wilayah yang diceroboh Israel.

Secara keseluruhannya, enam kolonel Zionis maut dalam pertempuran dengan pejuang pembebasan Palestin.

The Times of Israel melaporkan, Daqsa berada di luar kereta kebalnya bersama pegawai lain apabila mereka berjalan di atas perangkap bahan letupan di Jabaliya.

Komander Batalion ke-52 briged itu, dan dua pegawai lain keluar dari kereta kebal mereka di Jabaliya dan berjalan beberapa meter ke tempat pemerhatian.

Tapak itu telah dipasang dengan periuk api yang membunuh Daqsa di tempat kejadian, mencederakan komander Batalion ke-52, dan mencederakan dua lagi pegawai.

Susulan insiden maut pada hari Ahad, IDF melantik Kol. Meir Biderman, timbalan ketua Divisyen ke-162, untuk menjadi pemangku komander Briged ke-401.

Israel telah membunuh lebih 42,000 penduduk Palestin kebanyakan bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua di Gaza dan Tebimg Barat.

Negara penjajah itu juga memusnahkan kediaman, hospital, masjid, gereja, institusi pendidikan dan kemudahan awam lain secara total.

Beratus ribu penduduk Gaza terutama di utara dilaporkan mengalami kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan selepas disekat oleh Israel.-Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here