Ramai kanak-kanak menjadi yatim piatu dan bergelut untuk hidup di Gaza.

GAZA CITY – Tindakan gigih seorang kanak-kanak perempuan di Gaza, Palestin memikul adiknya yang cedera di kaki selepas diserang oleh Israel disamakan dengan adegan dalam filem animasi Jepun yang menyayat hati ‘The Grave of the Fireflies’.

Video dan foto gadis kecil itu berjalan kaki sejauh 2 kilometer bagi menyelamatkan dirinya dan adiknya selepas kawasan yang menjadi tempat perlindungannya diserang dengan hebat oleh Israel tular di media sosial.

Dalam video tersebut kanak-kanak itu hanya berkaki ayam dan kelihatan dalam keletihan yang amat sangat.

Grave of the Fireflies merupakan film animasi yang dikeluarkan pada 1988 mengisahkan tragedi perang di Jepun yang mengambil latar bulan bulan-bulan terakhir Perang Dunia Ke-2 pada 1945.

Film produksi Studio Ghibli itu dibuat berdasarkan cerita pendek karya Akiyuki Nosaka yang terbit pada 1967.

Karya tersebut yang berinspirasi kisah benar meneceritakan mengenai seorang remaja lelaki di Kobe, Jepun yang berusaha menyelamatkan dirinya dan adik perempuannya yang menjadi yatim piatu akibat perang.

Seita, seorang remaja berusia 14 tahun yang bertanggung jawab atas adiknya yang masih kecil, berjuang untuk mencari makanan, tempat tinggal, dan perlindungan dari serangan udara.

Kehidupan mereka menjadi semakin sulit apabila kota tempat tinggal mereka, Kobe, dihancurkan oleh bom Amerika Syarikat.

“Pada tahun 1945, selepas bom atom Amerika yang dijatuhkan di Nagasaki, Jepun, seorang budak lelaki ditangkap membawa adik lelakinya untuk mengebumikannya dalam gambar bersejarah.

“Khabar angin mengatakan apabila budak lelaki itu diminta meninggalkan abangnya, dia menjawab: “Dia tidak berat! Dia abang saya!”

“Hari ini, kejadian itu berulang apabila seorang gadis Gaza yang masih muda, berkaki ayam, dan jelas keletihan menggendong adik perempuannya yang cedera, berjalan selama lebih sejam di Semenanjung Gaza.

“Pada tahun lepas, tentera zionis, yang dibiayai dan dipersenjatai oleh AS, telah menggugurkan setara dengan 7 bom nuklear di Semenanjung Gaza,” kata perkongsian di media sosial.

Israel menyerang Gaza pada Oktober tahun lalu sebagai balasan terhadap serangan tentera pejuang pembebasan Palestin, al-Qassam ke atas negera zionis itu yang telah membunuh dan menyiksa beribu penduduk Palestin.

Serangan yang genap setahun itu menyaksikan Israel membunuh lebih 42,000 penduduk di Gaza dan Tebing Barat kebanyakannnya bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Selain menjajah, regim Yahudi itu turut memusnahkan kediaman dan infrastuktur termasuk hospital, universiti, sekolah dan kawasan pelarian.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast