KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menggesa kerajaan menjelaskan jenayah terancang yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang didakwa di mahkamah semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam masa sama mempertikaikan penahanan individu-individu yang terlibat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.
“Apakah kesalahan yang dikatakan dilakukan oleh mereka kerana dakwaan jenayah terancang? Apa tuduhannya? Apa jenayah terancang mereka lakukan?,” Soalnya Ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Semalam Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu, Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof dan 20 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
Nasiruddin pada 16 Oktober lalu merupakan antara 16 individu yang ditahan semula di bawah SOSMA.
Sementara itu, Takiyuddin memuji tindakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (DAP) yang konsisten memperjuangkan penentangan terhadap akta tersebut.
Katanya, Perikatan Nasional (PN) juga menentang penyalahgunaan akta tersebut termasuk Akta Hasutan 1948 yang disifatkannya disalahguna terhadap pemimpin pembangkang.
“Semalam Jelutong kata tidak bersetuju dengan SOSMA. Hanya Jelutong sahaja yang berani perjuangkan. Tahniah tapi apa tindakan Jelutong untuk menentang SOSMA yang dianggap undang-undang yang zalim.
“Bagi kami, PN kami terima SOSMA tapi yang kami tidak terima penyalahgunaan SOSMA termasuk terhadap GISBH,” tegasnya.
Dalam pada itu, Rayer mengumumkan menawarkan khidmat guaman percuma kepada ahli kumpulan GISBH yang ditahan di bawah SOSMA.
“Saya sebagai backbencher menentang SOSMA kalau boleh sekarang saya akan menawarkan perkhidmatan saya untuk membela mereka (pengikut GISBH) ,” katanya ketika mencelah perbahasan Takiyuddin. – MalaysiaGazette
bukan kah soal penyelewengan akidah itu lebih besar dan perlu lebih dutamakan?
soal perhambaan, ketaksuban melampau, mempergunakan kanak2 juga lebih perlu diberi perhatian da keutamaan.
mengapa dirisaukan tentang sosma?
Kalau ada kes liwat, maka dakwalah dibawah jenayah liwat, kalau ada kes penderaan kanak2, maka dakwalah dgn Akta Kanak2, kalau ada penyelewengan dana atau scammer kaa..dakwa laa dgn undang2 scammer dan kalau ada isu ajaran sesat, maka dakwa laa dgn Enakmen Jenayah Syariah…yg duk guna Sosma tu yg rakyat tak faham..Dulu masa kes Arqam pun, tak de guna Sosma pun..KPN masa tu pun tak de lah menyibuk hari2 buat sidang media. rakyat heran kenapa KPN plak hari2 buat sidang akhbar? Dahsyat sangat ker GISB ni? Mrk ni ada senjata berbahaya mcm al Maunah ker??? Bkn ada Pengarah Jenayah Komersial? Bukan kah ada Pengarah Siasatan Jenayah? Bukan kah ada Pengarah Bhg Jenayah Kanak2? Yg KPN beriya2 sngat hari2 buat sidang media ni menghairan kan laa..