Siti Asiah bersama Nur Aleeya yang dijaga sejak lahir lagi, sedang mencari ibu kandung kanak-kanak itu untuk urusan dokumentasi JKM

MERSING – Sebuah keluarga angkat sedang mencari ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang dijaganya bagi membantu urusan dokumentasi di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Siti Asiah Samion, 47, dari Felda Endau di sini, anak angkatnya, Nur Aleeya Abdul Rahman, 4, dipelihara sejak kecil selepas diserahkan sendiri oleh ibu kandungnya.

Namun katanya, penyerahan tersebut tidak dilakukan secara rasmi dengan dengan disertakan surat dan dokumen sah daripada pihak JKM.

“Nur Aleeya diserahkan ibu kandungan yang merupakan warga Indonesia bernama Ananda Ramania.

“Ibunya memaklumkan tidak dapat menjaga bayinya kerana Nur Aleeya lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.

“Dia bimbang tidak mampu jaga anaknya dengan baik lalu menyerahkan kepada saya untuk dijaga sejak itu saya tidak pernah berjumpanya lagi,” katanya ketika ditemui.

Siti Asiah dan suami bercadang untuk menghantar Nur Aleeya ke sekolah seperti kanak-kanak usianya namun pendaftarannya memerlukan dokumen anak angkat yang lengkap.

Dia dan suami katanya, amat menyayangi Nur Aleeya dan berharap dia dapat membesar serta menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain termasuk dapat bersekolah.

juseru dia amat mengharapkan kerjasama dari ibu kandungannya untuk hadir ke pejabat JKM bagi melancarkan urusan proses dokumentasi anak angkat.

Orang ramai yang mengenali ibu Nur Aleeya diminta menghubungi suami Siti Asiah iaitu Shamsuri Don menerusi talian 0167087157.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast