Foto Facebook OUM.

KUALA LUMPUR – Pemain beregu badminton wanita negara, M Thinaah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).

Menerusi hantaran di Facebook, OUM memaklumkan Thinaah bukan sahaja bergelar graduan tetapi juga menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti itu semalam.

Thinaah yang memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020 berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.

Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here