Erik ten Hag

LONDON – Manchester United memecat pengurusnya, Erik ten Hag.

Menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) – ia selepas kelab di Old Trafford itu menduduki tangga ke-14 selepas sembilan perlawanan.

“Erik ten Hag melepaskan jawatan sebagai pengurus skuad utama Manchester United,” umum kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ruud van Nistelrooy akan mengendalikan pasukan sebagai ketua jurulatih sementara.

Beliau akan dibantu barisan kejurulatihan ketika ini sehingga ketua jurulatih baharu dilantik.

Khabar angin pemecatan Erik yang kini berusia 54 tahun itu sudah didengar sejak hujung musim lalu apabila United merekodkan pencapaian terburuk EPL iaitu tempat kelapan ketika bilionair Britain dan Pengerusi INEOS, Jim Ratcliffe mengambil alih operasi bola sepak. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here