Prime Minister Benjmain Netanyahu leads a cabinet meeting in Jerusalem, Oct. 7, 2024 (Amos Ben Gershom/GPO)

BAITULMAQDIS – Kabinet Israel bermesyuarat di lokasi selamat dalam kubu bawah tanah di kompleks kerajaan pada Isnin dan bukan di Pejabat Perdana Menteri seperti biasa.

Tindakan itu dibuat atas saranan Shin Bet kerana bimbang keselamatan pemimpin tertinggi Israel berikutan peningkatan ancaman dan serangan dron Hizbullah minggu lalu ke atas rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Menteri diberitahu tentang keputusan mengadakan mesyuarat dalam kubu hanya pada waktu pagi, dan diberitahu bahawa penasihat mereka tidak akan dibenarkan masuk kerana kekangan ruang.

The Times of Israel melaporkan, sumber kerajaan memberitahu agensi berita bahawa langkah itu bukan sekali dan mesyuarat Kabinet dijangka diadakan di lokasi yang bertukar untuk tujuan keselamatan.

Tiga dron dilancarkan dari Lubnan dalam serangan ke atas kediaman peribadi Netanyahu di Caesarea awal bulan ini.

Dua telah dipintas di Rosh Hanikra dan Nahariya dan yang ketiga meletup di rumah Netanyahu yang terletak di tengah bandar tepi laut yang terkenal dengan vila mewah dan runtuhan Rom.

Israel mendakwa pemimpin tertingginya semakin menjadi sasaran Iran dan proksinya dengan pasukan keselamatan Israel telah melakukan banyak penangkapan individu di Israel yang didakwa diupah untuk melakukan tindakan pengintipan, keganasan dan pembunuhan.

Iran pada hari Isnin meningkatkan ancaman terhadap Israel berikutan serangan hujung minggu Israel atas Republik Islam itu sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik Teheran pada 1 Oktober ke atas Israel. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast