Dr. Azlinda Azman berucap ketika merasmikan Hari Industri @ UiTM 2024

SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melangkah memperkasa kebolehpasaran graduannya melalui penganjuran Hari Industri @ UiTM 2024, sempena sambutan ulang tahun ke-25 UiTM sebagai universiti.

Program yang berlangsung di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Shah Alam menarik lebih 1,000 pelajar dari pelbagai fakulti di UiTM Shah Alam, yang mana mereka terlibat dalam aktiviti yang direka khusus untuk mempersiapkan mereka bagi pasaran kerja.

Antara aktiviti utama yang diadakan termasuk Industry MasterClass, Motivational Talk, Interview Session, dan 1 to 1 Career Coaching.

Program yang berlangsung di Kolej Pengajian Kejuruteraan, Shah Alam,
ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Profesor Dr.
Azlinda Azman.

Lebih dari 20 organisasi industri bekerjasama dengan Jabatan ICAN dan Kolej Pengajian Neuropteran untuk menjayakan program ini, memperlihatkan sokongan industri terhadap usaha UiTM.

Melalui interaksi langsung bersama pakar-pakar industri, para pelajar mendapat pendedahan kepada keperluan terkini dunia pekerjaan.

Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menerima tip temuduga dan memahami kualiti yang dicari oleh syarikat-syarikat utama.

Pelajar juga didedahkan kepada kemahiran insaniah yang sangat diperlukan dalam pekerjaan seperti komunikasi berkesan dan kepemimpinan – kemahiran yang semakin penting dalam landskap kerjaya masa kini.

Di samping itu, Hari Industri @ UiTM turut menyediakan platform untuk para pelajar memperluas rangkaian kerjaya mereka.

Berinteraksi dengan profesional industri daripada pelbagai bidang memberi peluang kepada pelajar untuk memperkenalkan diri kepada bakal majikan dan meningkatkan prospek kerjaya mereka.

UiTM juga menjadikan Hari Industri ini sebagai platform bagi pihak industri untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka, selaras dengan komitmen universiti dalam memperkukuhkan hubungan strategik dengan sektor korporat.

Input daripada pihak industri ini membantu universiti memperkemas kurikulum dan kaedah pengajaran supaya lebih relevan dan selari dengan kehendak pasaran kerja masa kini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast