Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil

KUALA LUMPUR – Pengendali Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil membuat keputusan meninggalkan skuad itu.

Situasi terbabit disahkan pengurusan Selangor FC yang menyatakan bahawa Nidzam mahu mengundur diri.

Selangor FC mengumumkan Nidzam telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.

“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Di bawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Liga Juara-Juara Dua

“Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini.

“Tugas ketua jurulatih pasukan utama Selangor akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara kelab mengenal pasti ketua jurulatih baru.

“Selamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Nidzam atas segala sumbangan dan komitmen beliau kepada Selangor FC,” dipetik dari kenyataan pihak kelab.

Mengikut rekod, Nidzam dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan itu selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast