Wanita warga emas itu tersangkut pada lumpur sebelum diselamatkan anggota bomba.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang tersangkut dalam lumpur selepas dipercayai terjun dari kilometer 1.1 Jambatan Pulau Pinang menghala pulau di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggil berhubung kejadian pada jam 3.30 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Perai dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba kita dapati wanita berusia 66 tahun itu telah meninggalkan keretanya di bahu jalan atas jambatan tersebut sebelum bertindak terjun ke dalam laut namun, dia tersangkut pada lumpur.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, anggota mennyelamatkan mangsa  dengan menggunakan tali penyelamat sebelum dinaikan ke atas tapak tiang jambatan.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti dengan bantuan bot nelayan yang berada di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast