KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu telah dirakam keterangan berhubung
kes buli membabitkan seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditekap seterika pada badan oleh seniornya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, mereka termasuk mangsa dan suspek dalam kes ini serta penuntut dan kakitangan UPNM.
“Keterangan mereka penting bagi menjalankan siasatan yang sedang dilakukan untuk melengkapkan siasatan.
“Pada masa ini, kita masih menunggu laporan perubatan yang dijalankan terhadap mangsa iaitu pegawai kadet tahun dua (UPNM),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Artikel berkaitan: Polis rakam keterangan suspek kes buli, dera pegawai kadet UPNM
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Pelajar UPNM dibuli bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan
Buli di UPNM, biar polis buat siasatan – PM
ATM masih jalankan siasatan kes pegawai kadet UPNM ditekap seterika
Tambah beliau, pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Bagaimananpun, polis masih belum mengesahkan sama ada seterika yang digunakan dalam kejadian tersebut sudah dirampas untuk siasatan.
Pada 22 Oktober lalu, mangsa mendakwa dia didatangi seorang senior yang juga suspek sebelum diminta menggosok baju miliknya sekitar jam 11.45 malam.
Pelajar senior berusia 22 tahun itu didakwa secara tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang pengadu sebelum menekap ke bahagian dada sebelah kanan sebanyak satu kali.
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 20 tahun melecur di bahagian dada dan telah membuat laporan polis pada malam Jumaat, 1 November lalu. – MalaysiaGazette