Buaya tertua di dunia yang dipanggil Cassius. foto FB Marineland Melanesia Crocodile Habitat & Gift Shop

SYDNEY – Buaya terbesar di dunia disahkan mati di tempat perlindungan hidupan liar di Australia.

Cassius, sepanjang hampir 5.5 meter (18 kaki), berat hampir satu tan dipercayai berusia sekurang-kurangnya 110 tahun.

Buaya air masin yang besar itu tinggal di tempat perlindungan di sebuah pulau di luar pantai Queensland sejak ditangkap di Wilayah Utara Australia pada 1980-an.

Pada tahun 2011, Cassius dianugerahkan sebagai buaya terbesar dalam kurungan oleh Guinness World of Record.

Marineland Melanesia Crocodile Habitat menerusi catatan di media sosial berkata, Cassius adalah “ahli keluarga yang kami disayangi”.

Cassius sebelum ini tinggal di alam liar, dan ia terkenal kerana kerap membaham lembu serta menyerang kipas bot sebelum ditangkap.

Pengasas habitat itu, George Craig, membeli Cassius pada 1987, lapor Perbadanan Penyiaran Australia.

“Cassius “membawa kegembiraan dan persahabatan kepada pasangan terbaiknya George selama lebih 37 tahun”, kata Marineland Melanesia Crocodile Habitat.

Menurut Marineland Melanesia Crocodile Habitat, Craig telah berpindah ke Cairns bulan lalu dan kesihatan Cassius merosot tidak lama kemudian.

Ia sudah sangat tua dan dipercayai hidup melebihi kehidupan buaya liar, tambah Marineland Melanesia Crocodile Habitat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast