Wan Rosdy Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang memina penduduk di negeri itu bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 5 November 2024 sehingga bulan Mac 2025.

Sepanjang tempoh MTL, negeri Pahang seperti kelazimannya akan dilanda bencana banjir.

“Oleh itu, saya menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga, serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri bersama-sama agensi keselamatan yang lain sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana ini. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT daripada sebarang musibah dan malapetaka,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, Monsun Timur Laut atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan sehingga Mac 2025.

Dalam tempoh ini, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, smasa fasa awal MTL dari November hingga Disember 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala pada Januari hingga Februari 2025 pula, negeri yang lebih berpotensi untuk berlaku episod hujan lebat adalah di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. – MalaysiaGazette

 

Musim tengkujuh bermula 5 November, hujan lebat berterusan dijangka berlaku

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast