Suasana sekitar luar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ketika tinjauan di Kuala Lumpur hari ini. Foto AIZAT ZAINAL, 1 NOVEMBER 2024.

SHAH ALAM – Hasil siasatan berhubung kes buli dan dera melibatkan seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan diputuskan pada Jumaat ni.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu akan dibentangkan oleh Lembaga Siasatan berhubung tatatertib dan displin.

“Lembaga Siasatan itu terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan membentangkan cadangan garis panduan dan segala perkara berkait soal displin.

“Saya juga telah baca (perkembangan kes) kertas siasatan (IP) kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Bagaimanapun, pengajian masih berjalan biasa dan Jumaat ini akan diselesaikan (hasil siasatan),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850 -12 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Artikel berkaitan: Kes buli UPNM: Kertas siasatan diserah ke AGC

Tekap seterika kadet UPNM, polis tunggu laporan perubatan

Polis rakam keterangan suspek kes buli, dera pegawai kadet UPNM

PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM

Pelajar UPNM dibuli bawah tanggungjawab Kementerian Pertahanan

Buli di UPNM, biar polis buat siasatan – PM

ATM siasat dakwaan pegawai kadet UPNM didera senior

Siasat warden acuh tak acuh, UPNM mesti pulihkan keyakinan ibu bapa – Puad

 

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan, kertas siasatan kes terbabit telah diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, walaupun hingga kini pihak polis masih belum menerima laporan perubatan mangsa, ia tidak menganggu siasatan berhubung kes itu.

Pada masa sama, polis telah merakam keterangan 16 individu dalam kes buli pegawai kadet UPNM selain merampas seterika yang digunakan suspek sebagai bahan bukti kes itu.

ATM dalam kenyataan sebelum ini berkata, ia sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK-UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap pada bahagian dada hingga meninggalkan kesan lecur seperti tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast