Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM32.29 bilion pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) setakat 31 Disember tahun lalu sepatutnya dibayar balik oleh 2,716,110 peminjam.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata, jumlah itu adalah daripada daripada keseluruhan RM71.3 billion yang telah dipinjamkan.

“Sehingga tempoh tersebut, PTPTN sudah meluluskan 3,951,404 pinjaman,” jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta menteri pendidikan tinggi menyatakan jumlah hutang keseluruhan yang terakru oleh pelajar di bawah pinjaman PTPTN setakat tahun lalu.

Ahli Parlimen Labis itu juga mahu mengetahui jumlah keseluruhan peminjam Melayu, Cina dan India setakat tahun 2023 dan peratusan peminjam berdasarkan kaum-kaum yang berhutang sehingga tahun 2023.

Menjawab soalan tersebut, Zambry berkata, 71.9 peratus atau seramai 2,842,682 peminjam terdiri daripada bumiputera dan 1,108,722 atau 28.1 peratus pinjaman adalah bukan bumiputera

Menurut beliau, PTPTN tidak menetapkan kuota atau peruntukan khusus ditetapkan kementerian membabitkan kemudahan pinjaman PTPTN kerana kemudahan pinjaman itu terbuka kepada semua warga Malaysia yang mendapat tawaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta politeknik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast