Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR – Isu Fashion Valet tidak akan menjejaskan Khazanah Nasional Berhad untuk melabur dalam syarikat pemula, malah akan terus menyokong ekosistem konsep itu dan modal teroka dengan mekanisme kawalan tambahan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Khazanah menyediakan dana impak untuk tujuan melabur bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan membina daya tahan negara.

“Dana khusus ini boleh menghasilkan manfaat dan impak sosio ekonomi kepada rakyat terutama untuk syarikat pemula dan modal teroka,” katanya pada sesi jawapan menteri dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Bukit Bendera-PH, Syerleena Abdul Rashid dalam soalan tambahannya meminta Menteri Kewangan menjelaskan kemungkinan Khazanah tidak akan melabur dalam syarikat pemula dan sejauh mana ia menjejaskan keinginan syarikat pelaburan negara untuk membuat pelaburan model teroka.

Selain itu, katanya, Khazanah juga menyediakan insiatif baharu termasuk penubuhan Jelawang Capital sebagai sebuah kumpulan wang negara dengan komitmen RM1 bilion untuk memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka Malaysia.

“Dana impak ini seperti dinyatakan dalam Belanjawan 2025. Pelaksanaan Program Pengurus Dana Baru Muncul dan Inisiatif Dana Serantau yang akan dikelola di bawah Jelawang Capital.

“Adalah wajar bagi Khazanah terus melabur dalam ekosistem modal teroka, selaras dengan mandat ekonomi Madani bagi menyokong pembangunan negara secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelaburan dalam Fashion Valet telah dibuat pada tujuh tahun lalu dan sejak itu pendekatan Khazanah dalam membuat keputusan pelaburan sudah dirombak dan proses pemilihan pelaburan juga diperketatkan.

“Pelaburan modal teroka memain penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia, membantu negara beralih daripada status berpendapatan tinggi melalui inovasi dan pertumbuhan mampan

“Pelaburan visi berupaya memacu inovasi dengan menyedikan modal untuk permulaan dan perusahaan yang berpotensi mencipta teknologi baharu.

“Ia juga membantu mencipta peluang pekerjaan, merangsang ekonomi dan memperkenalkan teknologi maju daripada pasaran luar ke Malaysia.

“Melalui sokongan terhadap syarikat baharu, visi juga menghalalkan persaingan yang mendorong peningkatan inovasi dan produktiviti dalam ekonomi negara.

“Namun pelaburan modal teroka adalah satu tidak bersifat jaminan atau kepastian dalam pelaburan. Matlamatnya untuk pertumbuhan, walaupun risikonya tinggi dan sekiranya berjaya berpotensi menjana keuntungan yang tinggi,” katanya.

Katanya lagi, kedua-dua pihak berpendapat bahawa pelaburan ini harus diurus dengan menilai prestasi berdasarkan portfolio pelaburan secara keseluruhan dan bukan pelaburan sendiri.

“Contohnya, pelaburan Khazanah di dalam syarikat tenusu tempatan, Farm Fresh Berhad merupakan sebahagian daripada pelaburan modal teroka dalam sektor pertanian yang memberi pulangan yang lebih kepada 13 kali ganda iaitu melebihi RM800 juta,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast