Bank Islam lancar platform pendigital baharu. FOTO Bank Islam

KUALA LUMPUR- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan platform digital dan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile) dan BIMB Web (web.bimb.com) bagi menambah baik pengalaman perbankan lebih empat juta pelanggannya di seluruh negara.

Bank Islam dalam kenyataannya berkata, kedua-dua platform itu direka untuk memenuhi keperluan perbankan pelanggan yang sentiasa berubah.

Ia juga dilengkapi ciri keselamatan yang ditambah baik, bersifat peribadi selain rekaan moden yang intuitif memberikan kawalan transaksi sepenuhnya kepada pelanggan tanpa batasan waktu atau lokasi.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff, berkata platform perbankan digital baharu ini direka untuk memenuhi skala penggunaan yang lebih besar dengan keupayaan yang diperluas dan lebih stabil berbanding perkhidmatan sebelumnya.

“Maklum balas daripada pelanggan menjadi pemangkin untuk kami mereka bentuk platform yang dilengkapi antara muka moden dan ciri-ciri canggih yang memberikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan, sesuai dengan gaya hidup digital masa kini tanpa mengira tahap kemahiran teknologi pelanggan.

“Ciri baharu ini turut menyerlahkan konsep perbankan tanpa cawangan dengan menyediakan kemudahan maksimum kepada pelanggan kami,” jelasnya.

Aplikasi perbankan mudah alih terdahulu, GO by Bank Islam (GO) telah memanfaatkan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira lima tahun lalu.

Sehingga Oktober 2024, Bank Islam telah mencatatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi dalam talian, termasuk 3.5 bilion daripadanya disempurnakan melalui platform Perbankan Internet Bank Islam (IB, www.bankislam.biz).

Pelanggan baharu atau pengguna sedia ada GO by Bank Islam kini boleh memuat turun aplikasi baharu ini melalui Apple AppStore, Google PlayStore, atau Huawei AppGallery untuk merasai pengalaman perbankan yang lebih baik.

Pada masa sama, platform GO by Bank Islam dan IB akan terus beroperasi bagi memastikan perkhidmatan pelanggan tidak terganggu sepanjang proses peralihan ke platform baharu.

Platform GO dan IB dijadual akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here