Foto PDRM

KUALA LUMPUR- Seorang pembantu perubatan dan pemandu cedera selepas ambulans yang dinaiki terbalik akibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim, Kedah, malam tadi.

Ambulans swasta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu bagaimanapun tidak membawa pesakit.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Zulkifli Azizan berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 8.20 malam ketika ambulans berkenaan dalam penugasan dari sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang ke Hospital Kulim.

“Sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga Hospital Kulim, ambulans itu membelok masuk sebelah kanan sambil bunyikan siren dan menyalakan lampu ‘beacon’ dan pada masa sama, ketika itu lampu isyarat berwarna merah.

“Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dan melanggar di bahagian belakang sisi sebelah kiri ambulans terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan, kes disiasat bawah Rule 17 LN 166/59 dan pihaknya sudah merakam percakapan pemandu ambulans terbabit. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast