KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97, RON95, diesel termasuk diesel di Sabah dan Sarawak kekal bagi tempoh 28 November hingga 4 Disember 2024.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit bagi RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter.
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan juga dikekalkan pada paras RM2.15 seliter.
Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette