Tumpat menjadi daerah terbaru dilanda banjir menjadikan sembilan jajahan dinaiki air di Kelantan membabitkan keseluruhan mangsa banjir seramai 3,844 orang sehingga 11 pagi tadi.
Ia menjadikan peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir daripada 1,170 keluarga yang ditempatkan di 60 pusat pemindahan sementara (PPS).