Belanjawan Negeri Perak 2025 kad Perak Sejahtera 2030
Penerima Kad Perak Sejahtera, Fairuz Fajilah (kiri), Narita Zainal (tengah), dan Noor Laili Desa pada Majlis Penyerahan Program Kad Perak Sejahtera (KPS) Daerah Hulu Perak Anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di Dewan AmanJaya Lawin, Kampung Lawin, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 MAY 2024.

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM628.65 juta atau hampir separuh daripada keseluruhan Belanjawan Negeri Perak 2025 bagi kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM30.22 juta disalurkan bagi program-program kesejahteraan dekat dengan kehidupan rakyat.

Memperincikan perkara itu beliau berkata, RM24 juta diperuntukkan kerajaan negeri kepada inisiatif Kad Perak Sejahtera serta RM5 juta bagi program Bantuan Kotak Makanan.

Kata Saarani, kerajaan negeri juga membelanjakan RM820,000 dan RM400,000 masing-masing bagi program Kedai Bergerak Negeri Perak dan Jualan Rahmah.

“Memahami kekangan kos sara hidup yang kian menghimpit kehidupan golongan marhaen, saya mengumumkan, kadar bantuan am yang telah pun dinaikkan RM100 pada tahun 2024, akan ditambah RM100 lagi tahun hadapan.

“Ia menjadikan bantuan kepada 6,100 penerima akan meningkat menjadi RM500 sebulan berkuatkuasa Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Tambah Saarani, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diperuntukkan sebanyak RM45.94 juta peningkatan RM3.14 juta berbanding belanjawan tahun ini.

“Sebahagian besar peruntukan ini dibelanja bagi tujuan Bantuan Am berjumlah RM31.0 juta,” katanya lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2025: MB Perak sebak sentuh isu perumahan rakyat

Memartabatkan Islam seiring pembangunan negeri Perak

KIR miskin tegar di Perak turun 51%

Perak perkasa keterjaminan makanan dalam skala besar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here