KUALA LUMPUR – Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) meminta para pelanggan yang terjejas banjir untuk menghubunginya bagi meneroka pilihan bantuan pembiayaan bagi kemudahan sedia ada.
Pemangku Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata, bank ini bersedia untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan pembiayaan tambahan melalui Kemudahan Bantuan Bencana (DRF).
SME Bank merupakan salah satu institusi kewangan yang terlibat untuk menggerakkan dana ini oleh Bank Negara Malaysia ini.
Kemudahan tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM700,000 untuk PKS dan RM150,000 untuk perusahaan mikro, dengan kadar pembiayaan yang kompetitif sebanyak 3.5% setahun (termasuk yuran jaminan) dan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun.
“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh semua pelanggan akibat banjir baru-baru ini dan kami bersedia membantu dengan kemudahan pembiayaan sedia ada dalam usaha untuk membantu mereka mengharungi tempoh yang mencabar ini
“SME Bank semtiasa menyokong semua pelanggan kami, terutamanya dalam keadaan yang mencabar, sama ada semasa pandemik Covid-19 atau bencana alam seperti banjir. Dari tahun 2022 hingga 2023, program bantuan kami telah memanfaatkan sebanyak 3,855 pelanggan dengan jumlah nilai tertunggak RM6.01 billion,” katanya. – MalaysiaGazette