KUALA LUMPUR – Data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di ‘dark web’ atau laman web gelap.

Perkara itu didakwa oleh akaun X dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @ StealthMole.

Katanya, sampel MyKad yang dipamer secara terbuka menimbulkan kebimbangan terhadap isu kecurian identiti risiko penipuan kewangan.

“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap. Kebocoran data yang besar ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti pencurian identiti dan penipuan kewangan,” menurut akaun berkenaan.

Namun belum dapat disahkan dakwaan akaun X itu.

Dua tahun lalu, terdapat dakwaan maklumat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Astro dan Maybank antara 13 juta data pengguna yang dibocorkan di sebuah laman web dikenali sebagai ‘dark web’.

Maklumat yang didakwa bocor membabitkan nama penuh pengguna, tarikh lahir, alamat serta nombor kad pengenalan.

Kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here