KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon wanita Zarina Zainuddin, Zahura Abdul Mutalib meninggal dunia selepas subuh tadi.
Berita duka itu dikongsi pelakon itu menerusi Instagram.
“Assalamualaikum, mak saya, Zahura Abdul Mutalib baru saja meninggal dunia selepas subuh pagi ini.
“Tolong doakan mak saya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh,”tulisnya.
Menurutnya, jenazah arwah ibunya akan dikebumikan di Ipoh, Perak.
Zarina memaklumkan sempat menghantar mesej kepada ibunya selepas pulang daripada penggambaran kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
“Saya sempat berjumpa arwah ketika ke Taiping, minggu lalu. Saya singgah rumah mak, dia masakan sambal telur.
“Saya ajak arwah ikut saya pulang ke rumah, tetapi arwah menolak kerana papa pun tak berapa sihat,” jelasnya.-MalaysiaGazette