PU Riz (kanan) dilantik sebagai ikon jemaah haji syarikat Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga suami kepada selebriti popular Neelofa, PU Riz dilantik sebagai ikon jemaah haji syarikat Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd.

Turut dilantik duta adalah pendakwah popular Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai ikon syarikat pelancongan itu manakala Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah dilantik sebagai penasihat syariah.

Pengarah Urusan Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd, Datuk Mohd Idzham Mohd. Isa berkata, pelantikan individu itu bagi memberikan pengalaman penuh ilmiah kepada bakal jemaah haji 2025.

“PU Riz akan membimbing jemaah lelaki dan Ustazah Isfadiah pula akan membimbing jemaah wanita manakala Tengku Aziz sebagai penasihat adalah tepat kerana pengalamannya yang banyak dalam bidang haji dan umrah.

“Sebagai bekas Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji, beliau akan memberi tunjuk ajar pada Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. dan jemaah bagaimana untuk mendapat haji yang mabrur.

“Dari segi bimbingan haji, kami akan menyediakan modul antaranya forum Islam, tadabur al-Quran, khatam al-Quran agar sekembalinya dari haji, semua jemaah akan menjadi insan yang lebih baik sesuai dengan tagline kami insan berilmu, beramal dan beragama,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Sebelum ini, Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd telah beroperasi lebih 12 tahun sejak 2012 menyediakan perkhidmatan umrah dan pelancongan.

Terbaharu, syarikat itu kini diberi kepercayaan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada tahun depan.

Mengulas lanjut, Idzham lagi, bagi melicinkan perjalanan di Mekah dan Madinah, mereka telah menubuhkan pasukan ‘response unit’ yang akan mengendalikan kenderaan jika terdapat jemaah yang sakit atau demam di Tanah Suci.

Ia juga, katanya, melibatkan butler Haramain yang berperanan sebagai pegawai rencam untuk mengendalikan penghantaran jemaah ke dobi atau pun untuk membeli makanan.

“Syarikat melayani semua jemaah dari golongan B40 hingga terbaru ada T15 secara adil di mana secara purata setiap tahun kami mengendalikan 8,000 jemaah umrah dengan lima jenis pakej disediakan.

“Bermula pakej rahmah serendah RM5,990, kami juga berpengalaman membawa golongan VVIP, korporat, pengarah urusan bank dan ahli-ahli Parlimen,” katanya yang
menyediakan lebih 60 orang mutawif di Mekah dan 18 orang staf di Madinah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here