Menu pilihan rakyat Malaysia di The Original Kayu Nasi Kandar.

KUALA LUMPUR – Jenama nasi kandar terkenal, ‘The Original Kayu Nasi Kandar’ kini sudah menginjak usia ke-50 dan terus menjadi pilihan pelbagai masyarakat di negara ini.

Datuk Shahul Hamid Dawood yang juga Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp merakam ucapan tahniah serta melahirkan rasa teruja dengan kejayaan demi kejayaan luar biasa dicapai restoran itu selama lebih lima dekad di negara ini.

Katanya, sebagai agensi kerajaan, HRD Corp komited dalam mempromosi bukan sahaja latihan kemahiran sebaliknya juga bidang keusahawanan pada setiap masa.

“Dalam HRD Corp, kita sentiasa mempromosi dan menggalakan upskilling serta keusahawanan pada setiap masa. Untuk melihat kejayaan luar biasa dicapai oleh Original Kayu Nasi Kandar, kita tumpang bangga sekali kerana semuanya bermula kecil-kecilan sehingga capai ke tahap ini.

“Sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk menyokong usaha dan kejayaan seperti ini supaya ianya menjadi contoh kepada lain supaya terus berdaya saing.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada The Original Kayu Nasi Kandar atas kejayaan luar biasa mencapai 50 tahun. Ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi sebuah legasi yang membanggakan semua kerana jenama ini juga bermula secara kecil-kecilan,” katanya kepada MalaysiaGazette. 

Shahul Dawood (kanan) bersama pemilik The Original Kayu Nasi Kandar’, Burhan Mohamed.

Shahul yang juga mantan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN) berkata, kejayaan Original Kayu Nasi Kandar ini yang dimiliki Burhan Mohamed.adalah contoh dedikasi dan usaha keras sejak jenama itu diasaskan sekitar tahun 1974 di negara ini.

“Semangat membara telah menjadikan ‘The Original Kayu Nasi Kandar’ satu jenama tempatan yang berjaya dan dihormati. Dalam setiap pinggan yang dihidangkan, terkandung dedikasi dan semangat yang tidak pernah luntur. 

“Ini bukan sekadar restoran sebaliknya satu ikon budaya, tradisi, dan perpaduan komuniti yang telah rakyat dari pelbagai lapisan dengan satu tujuan: menikmati keenakan hidangan asli yang diwarisi turun-temurun.

”Semoga 50 tahun akan datang menyaksikan lebih banyak kejayaan, inovasi serta memahat nama di peta dunia dengan citarasa tanpa tandingan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast