Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Industri Minuman (NUDIW) menyokong penuh gesaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) agar PayNet memansuhkan caj RM1.00 yang dikenakan bagi pengeluaran wang melalui ATM.

Setiausaha Agung NUDIW, S. Nadarajan berkata, para pekerja di negara ini terutamanya golongan B40, sedang menghadapi masa yang sangat sukar dan bergelut untuk memenuhi keperluan asas,

“Bank-bank meraih keuntungan besar dan mereka mampu menyerap kos tersebut. Adalah tidak adil bagi bank mengenakan caj kepada pelanggan untuk perkhidmatan yang sepatutnya mereka sediakan.

“Syarikat-syarikat besar harus berhenti menekan golongan berpendapatan rendah di negara ini,” tambahnya.

Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam gerakan kesatuan, Nadarajan berkata, dia kecewa terhadap penurunan kualiti hidup pekerja Malaysia yang disebabkan oleh ketamakan korporat yang tiada batas.

Dengan janji reformasi oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Nadarajan berkata, reformasi seharusnya memberi manfaat terlebih dahulu kepada golongan miskin di negara ini.

Jelasnya, tidak ada gunanya kerajaan banyak bercakap tetapi rakyat tidak merasainya.

NUDIW menganggapnya sebagai satu langkah kecil bagi perdana menteri untuk campur tangan dan mendesak penarikan balik caj RM1 untuk ATM, yang hanya merupakan setitis air di lautan luas keuntungaan bagi pihak bank. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here