Pope Francis prays before the "Nativity of Bethlehem 2024" during its inauguration in the Paul VI Hall, during the private audience to donors of the Nativity Scene and the lighting of the Christmas tree ceremony at St Peter’s Square in the Paul-VI hall at the Vatican on December 7, 2024. (Photo by Andreas SOLARO / AFP)

VATICAN – Simbol perjuangan rakyat Palestin yang kini berhadapan dengan pembunuhan beramai-ramai Israel menjadi alas ‘bayi Jesus’ di Vatican.

Perasmian adegan kelahiran semula bayi Jesus yang diletakkan atas keffiyeh Palestin turut dihadiri ketua agama tertinggi Katolik Pope Francis pada Sabtu lalu.

Bercakap pada majlis itu, Francis yang berkerusi roda menyeru orang percaya untuk “mengingati saudara-saudara, yang, di sana [di Betlehem] dan di bahagian lain dunia, sedang menderita akibat tragedi perang.”

Beliau juga berkata: “Cukuplah. Peperangan, cukuplah keganasan!” sambil meratapi kewujudan perdagangan senjata komersial.

Penciptaan dan paparan plak dan adegan kelahiran telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tinggi Presiden Untuk Hal Ehwal Gereja di Palestin, sebuah organisasi pertubuhan pembebasan Palestin dan Kedutaan Palestin ke Vatican, bersama beberapa institusi tempatan di Bethlehem.

Francis sebelum ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Kenyataan yang dikeluarkan bulan lepas dari buku wawancara dengan Francis termasuk gesaan untuk menyiasat sama ada serangan Israel di Gaza “sesuai dengan definisi teknikal” pembunuhan beramai-ramai.

Israel sehingga kini telah membunuh lebih 44,000 penduduk Palestin di Gaza kebanyakan bayi, kanak-kanak dan wanita dalam serangan lebih setahun.

Regim zionis itu turut memusnahkan rumah, hospital, masjid, gereja, universiti, sekolah dan pusat pelindungan pelarian.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here