Seorang penganggur ditahan polis dipercayai terlibat kes pemerasan di sebuah kedai makan di Jalan Sentul Pasar, di sini pada Khamis lalu. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan polis dipercayai  terlibat kes pemerasan di sebuah kedai makan di Jalan Sentul Pasar pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 6 pagi melibatkan seorang mangsa berusia 40 tahun yang juga pekerja kedai makan.

“Hasil siasatan mendapati suspek lelaki berumur 25 tahun itu membuat pemerasan bagi kegunaan hariannya malah dia juga mengenali mangsa kerana sering pergi ke kedai makan tersebut.

“Susulan itu, kita telah menahan suspek yang tidak bekerja pada 8 Disember lalu sekitar 7.41 malam di hadapan Depoh Bas Sentul Pasar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Sukarno, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah dan tujuh daripadanya melibatkan narkotik.

“Berikutan itu, permohonan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama empat hari bermula semalam sehingga 12 Disember bagi siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini bagi tindakan selanjutnya,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here