Jumlah mangsa banjir gelombang kedua di Pantai Timur terus mencatatkan pertambahan.
Sehingga jam 6 pagi tadi, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, jumlah mangsa di dua negeri, iaitu di Terengganu dan Kelantan, meningkat berbanding malam semalam.