Home Foto Pilihan Gelagat Anwar di Majlis Penutup IMDEC 2024 Foto Pilihan Gelagat Anwar di Majlis Penutup IMDEC 2024 Oleh Lensa MalaysiaGazette - 12 December 2024 Gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan anugerah sambil diiringi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) tiba pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapa Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (kiri) ketika hadir Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (kanan) dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) berbual bersama ketika hadir pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyampaikan anugerah ‘lifetime achievement’ kepada Pensyarah Jabatan Bioperubatan, Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Professor Ir. Dr. Fatimah Ibrahim pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) menyampaikan anugerah ‘lifetime achievement’ kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Vista Robotic, Roy Chin pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 DISEMBER 2024. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Potret Gambar selepas selesai menandatanganinya pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 DISEMBER 2024. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kiri) melawat pameran bersama Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (dua kanan) pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (kanan) beramah mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (tengah) pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. Penerima anugerah ‘lifetime achievement’ yang merupakan Pensyarah Jabatan Bioperubatan, Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya, Prof Ir. Dr. Fatimah Ibrahim (kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil mengenai peranti VS1 dan VS2Pro pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (dua kanan) beramah mesra dengan Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil (dua kiri) dan Pengerusi Advance Pact Sdn Bhd, Datuk Seri Norolazali Sulaiman (kanan) selepas Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HARI ANGGARA, 12 DISEMBER 2024. Peranti VS1 dipamerkan pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. Ketua Pegawai Eksekutif Advance Pact Sdn Bhd, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil memberi penerangan mengenai peranti VS1 dan VS2Pro kepada pelajar antarabangsa pada Majlis Penutup sempena Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 12 DISEMBER 2024. IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL Facebook : Malaysia Gazette X : @malaysiagazette Instagram : @malaysiagazette Youtube MG : MalaysiaGazette TV Youtube MGFlash : MG Flash TikTok : Malaysia Gazette Threads : Malaysia Gazette Whatsapp Channel : Malaysia Gazette Telegram : Malaysia Gazette Spotify : MG Podcast Kongsi:Click to share on Facebook (Opens in new window)Click to share on Twitter (Opens in new window)Click to share on Telegram (Opens in new window)Click to share on WhatsApp (Opens in new window)Click to share on LinkedIn (Opens in new window)Click to share on Threads (Opens in new window) Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis Foto Pilihan Suasana Sesi Soal Jawab Bersama Pemilik Hejira Foto Pilihan Jemaah Umrah ‘Serbu’ Pejabat Urusan Hejira Foto Pilihan Tanglung – Persiapan Tahun Baru Cina Foto Pilihan Aplikasi MyJalan #KKR Foto Pilihan Mat Sabu Tinjau Projek Ladang Satelit Ehsan Tani