Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Tiga premis makanan sekitar pusat bandar di sini, diarahkan tutup selama 14 hari susulan penemuan najis tikus dan lipas semalam.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan berkata, penutupan itu dibuat hasil pemeriksaan bahagian dapur dan stor simpanan makanan premis berkenaan menerusi Operasi Penutupan Premis Berlesen dan Tidak Berlesen/ Warga Asing dan Establisymen Makanan yang dilakukan pegawai Jabatan Pelesenan.

“Dalam operasi sama, kita turut mengeluarkan sebanyak 13 Notis Tawaran Kompaun (NTK) atas pelbagai kesalahan.

Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan premis makanan di negeri ini mematuhi piawai kebersihan ditetapkan.

“Antaranya mempamerkan iklan tanpa lesen, tidak menjalani pemeriksaan doktor, tidak mengambil langkah-langkah sesuai untuk elak makanan tercemar, meletak makanan mentah kurang 20cm daripada paras lantai dan menggunakan bungkusan tidak bersih atau bercetak untuk membungkus makanan.

“Selain itu, kita juga mendapati peralatan perangkap minyak (grease trap) rosak dan tidak berfungsi dengan baik serta membenarkan pelanggan merokok di dalam premis mereka,”katanya di Facebook.

Tambah MBPP, pemantauan dan pemeriksaan mengejut ke semua premis-premis makanan di bahagian pulau, akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan premis sentiasa bersih dan mencapai piawaian kebersihan yang telah ditetapkan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast