penjara
Gambar hiasan.

KUANTAN – Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Supt Azri Ramli berkata, dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira 3.20 pagi semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas, pukul 3.47 pagi.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek di ‘Aps Dating’ dan telah dibawa suspek dengan menaiki kenderaan Proton Wira untuk ‘berjalan-jalan’ dan mangsa kemudian telah dibawa ke Kedah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang dirogol di dalam kereta ditinggalkan di sebuah lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis.

“Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here