Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan tahun lalu.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon terkenal, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota malam.

Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Enetrtainment dalam satu kenyataan yang memaklumkan ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

Bayi seberat 3.1 kilogram itu adalah anak sulung Nabila hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.

Nabila, 32, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali turut berkongsi rasa syukurnya selepas selamat bersalin.

“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberikan sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya dengan nada penuh rasa syukur dan terharu.

Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media sosial miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.

Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, Nabila kini mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga serta fasa baharu sebagai seorang ibu.

Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here