Home Nasional Video lelaki tahan lori tayar goyang kembali tular

Video lelaki tahan lori tayar goyang kembali tular

KUALA LUMPUR – “Aku tahan lori ini sebab tayar sudah gelong (goyang)”.

Demikian perkongsian video dari seorang lelaki yang bertindak demikian berikutan keadaan tayar sebuah lori membawa muatan berat hampir tercabut.

Difahamkan, video lama pada Oktober lalu kembali tular susulan tragedi mengorbankan tujuh nyawa akibat tayar sebuah lori tercabut dalam di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di Melaka pada Isnin lalu.

Menerusi video dimuat naik pemilik akaun Facebook, Rulamrul Advansado, seorang lelaki memberitahu dia terpaksa menahan kenderaan itu kerana keadaan tayar lori terbabit hampir tercabut.

“Tengah memandu laju, aku tahan lori ini sebab tengok tayar dan gelong. Tengok, berapa banyak skru dah tercabut, tinggal satu sahaja.

“Dia (lori) lagi nak potong, aku dah tahan, memang aku sekat habis. Kalau tayar tercabut, macam mana nak tahan? Ini tinggal satu skru, banyak nyawa boleh selamat (bila lori ditahan),” katanya.

Perkongsian video itu kini mendapat tontonan umum lebih 1.7 juta dengan hamppir 40,000 tanda suka dan 5,000 komen yang prihatin dengan kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here