Thanakarn Kanthee

BANGKOK- Pempengaruh muda Thailand maut sebaik sahaja menghabiskan sebotol arak jenis whisky sebanyak 350ml dalam pertaruhan bernilai 30,000 baht (kira-kira RM3,917).

Thanakarn Kanthee atau lebih dikenali sebagai Bank Leicester, 21, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital jam 3.40 pagi, Khamis.

Pemuda yang juga penjual bunga kalungan itu sering tampil dalam beberapa video yang menunjukkan beliau menerima cabaran berbayar untuk meminum alkohol dengan pantas.

Sebuah video yang menunjukkan Thanakrn meminum sebotol kecil whisky dalam keadaan cepat sambil diiringi sorakan peserta sebuah parti sedang tular di internet ketika ini.

Selepas menyelesaikan cabaran berbayar itu, Thanakarn dilihat sakit dan dilaporkan muntah sebelum dibawa ke hospital yang mana dia kemudiannya menghembuskan nafas terakhir.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here