Keadaan di dalam Hospital Kamal Adwan. Foto Anadolu Agency

BAITULMAQDIS- Serangan tentera Israel terhadap Hospital Kamal Adwan Jumaat lalu menjadikan kemudahan kesihatan terbesar terakhir di utara Gaza, tidak lagi boleh digunakan.

“Laporan awal menunjukkan terdapat jabatan-jabatan penting di hospital berkenaan terbakar dan musnah ketika serangan tersebut,” kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam hantarannya di platform X.

Tambahnya, 60 petugas kesihatan dan 25 pesakit yang berada dalam keadaan kritikan termasuk yang menggunakan ventilator, dilaporkan masih berada di hospital berkenaan.
Pesakit yang berada dalam keadaan sederhana hingga teruk dipaksa untuk meninggalkan hospital Indonesia itu, kata agensi kesijatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tambahnya, mereka bimbang terhadap keselamatan semua pihak terlibat.
Menurut tentera Israel, sebelum melancarkan serangan terhadap hospital yang didakwanya kubu Hamas itu, mereka telah “menyediakan jalan keluar yang selamat kepada orang ramai, pesakit dan petugas kesihatan.”

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast