Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor

KUALA LUMPUR – Kumpulan mahasiswa yang akan menganjurkan ‘Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah’ pada 31 Disember ini di hadapan Menara Kinabalu tidak mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS).

UMS dalam satu kenyataan menasihatkan kumpulan mahasiswa yang menganjur perhimpunan itu agar sentiasa mematuhi keperluan undang-undang berkaitan termasuk arahan-arahan
yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi kesejahteraan serta keselamatan mahasiswa dan ketenteraman awam terpelihara.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr. Kasim Mansor dalam kenyataan menggesa pelajar lebih fokus kepada peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi dan menyeru agar para pelajar UMS tidak terlibat dalam perhimpunan yang boleh
mengganggu-gugat keharmonian dan keselamatan awam.

“Warga UMS juga sentiasa dinasihatkan agar menjunjung kesopanan dan kesusilaan terutamanya ketika berinteraksi sosial sesama manusia dengan cara menghormati orang lain, berkomunikasi secara berhemah, bertanggungjawab, bertoleransi dan bersangka baik,” katanya dalam kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here