KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson sedang mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Lukut, Negeri Sembilan pada 27 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, Punuyil A/L Karuppan, 64 tahun gagal dikesan dan laporan dibuat pada 28 Disember lalu.
“Individu yang hilang itu mempunyai ketinggian 165 sentimeter dan berat 50 kilogram.
“Beliau berambut pendek dan beruban, berkulit hitam, berbadan kurus, dan mempunyai parut di tepi mata kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak polis meminta saksi yang melihat atau mengetahui keberadaan warga emas tersebut supaya menghubungi balai polis terdekat. – MalaysiaGazette