Tujuh individu yang sedang dikesan bagi membantu siasatan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Menurut SPRM, individu terlibat adalah Liang Hwa Keong, 68, memiliki alamat terakhir di No. 2 & 3, Jalan Jambu Gajus 2, Jinjang Selatan, Kuala Lumpur, Kong Sian Chee, 57, yang beralamat di 780, Kampung Melayu, Rawang, Selangor.

“SPRM juga sedang mencari Leong Thien Poh, 63, yang beralamat di B1-10, Jalan Mawar 17, Taman Mestika Cheras, Kuala Lumpur, serta Ong Chee Heong, 60, yang memiliki alamat terakhir di No. 28, Jalan 1J, Taman Jati, Rawang, Selangor,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Turut dikesan ialah Lim Hoon Woon, 48, dengan alamat terakhir di Lot 270, Desa Aman Batu 11, Sungai Buloh, Selangor dan dua lagi individu iaitu Teng Wan Peng, 50, dan Teng Wan Loong, 51, masing-masing mempunyai alamat terakhir di Kampung Suria, Jalan Besar Kepong, serta Desa Aman Puri, Kepong, Kuala Lumpur.

SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu-individu ini agar segera menghubungi pegawai penyiasat Penguasa Khairul Airffin Ghazali di talian 012-3235996 atau email kepada [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here