SHAH ALAM – Pendakwa raya memutuskan tiada unsur jenayah dalam kes kematian anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpnanan (Palapes) yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (Uitm) pada November lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia disebabkan strok haba.
“Kita telah selesai merakam keterangan sehingga 64 individu daripada semua pihak bagi membantu siasatan dan kertas siasatan kse itu telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
“Pendakwa raya memutuskan tiada sebarang kesalahan atau ‘foul play’ ataupun unsur jenayah daripada mana-mana pihak dalam insiden tersebut,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Pada 10 November lalu, seorang pelajar UiTM dikatakan pengsan ketika menyertai sesi latihan di padang kawad sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.
Penuntut ini kemudian meninggal dunia pada jam 2.01 pagi, 13 November. – MalaysiaGazette