SAN FRANCISCO- Apple bersetuju membayar AS$95 juta bagi menyelesaikan saman berhubung tuduhan pembantu digitalnya, Siri mendengar perbualan peribadi pengguna.
Butiran cadangan penyelesaian dalam fail mahkamah boleh diakses pada Khamis bakal menyaksikan Apple tidak melakukan sebarang kesalahan.
“Selama ini Apple menafikan dakwaan tersebut dan akan terus menafikan sebarang salah laku dan liabiliti,” kata titan teknologi itu dalam cadangan penyelesaian yang memerlukan kelulusan hakim untuk dimuktamadkan.
Saman berkumpulan yang difailkan lima tahun lalu mendakwa Siri mendengar perbualan peribadi pengguna iPhones, iPads, HomePods dan peranti Apple lain yang dilengkapi pembantu digital.- AFP