JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC di Doha, Qatar hari ini.
Pertemuan baginda itu adalah dengan Ketua Kakitangan kepada Presiden Paris Saint-Germain Football Club (PSG), Nasser Al-Khelaifi iaitu Daniel Markham.
Menerusi pertemuan tersebut satu persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Antara aspek yang dibincangkan termasuk ‘multi-club partnership’ dengan kelab-kelab bola sepak dimiliki oleh Qatar Sports Investments, pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi.
Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemilik JDT turut menerima jemputan daripada Nasser Al-Khelaifi ke Paris untuk melawat pusat latihan baharu PSG dan menghadiri perlawanan di Parc des Princes.
Foto-foto mengenai pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook HRH Prince of Johor.- MalaysiaGazette